MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Konsep dan Prinsip Kraf Tradisional di Malaysia

Menurut Izani & Md Baharuddin menyatakan istilah kraf dalam sudut pandangan Barat ialah craftsmanship menunjukkan makna kemahiran atau keterampilan. Namun, definisi kraf pula dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) menyatakan berkaitan perusahaan, kerja atau seni yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan. Bagi tradisional pula berkait rapat dengan sifat tradisi serta masyarat yang mengamalkan cara hidup turun-menurun (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2017). Nilai-nilai yang sedemikian biasanya terdapat dalam kraf tradisional di mana kraf tradisional sering berkait dengan makna dan filisofi yang menjadi latar belakang budaya masyarakatnya. Menurut Syed Mohamad Shahfiq, Wan Nor Jazmina, Mohamad Asmawi & Farah Syazrah menyatakan kraf tangan tradisional adalah sebahagian daripada warisan kebudayaan yang diwariskan oleh generasi terdahulu kepada generasi ini untuk dipelihara. Langkah pemeliharaan kraf tradisional ini juga perlu diterapkan dalam pendidikan terutama kepada generasi masa kini yang celik digital sebagai sumber pembelajaran. 


    Kraf tradisional di Malaysia sangat bernilai dan dipelajari terutama dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah dan menengah. Kraf tradisional juga merupakan satu produk kebudayaan tempatan yang di warisi daripada generasi dan nenek moyang terhadulu. Kraf tradisional juga turut terancam kepupusan kerana generasi pada masa kini yang kurang berminat untuk mempelajarinya, bahan mentah yang makin sukar didapati, kos penghasilan yang meningkat dan kurang pelapis muda sebagai penyambung ilmu yang dimiliki oleh pakar atau adiguru.   



Comments